SWEET PEOPLE :)

Monday, 7 April 2014

I'M COMING..

Salam.

Sedar tak sedar dah 8 bulan tak update blog. Kekadang macam dah lupa pernah ada blog.
Sejak 8 bulan yang lalu ni agak SIBUK menguruskan hidup. Kekonon la kan. Ni namanya bukan blogger tegar. Datang angin puting beliung terus malas nak update dah..

Macam-macam kisah dan cerita yang terjadi sepanjang 8 bulan..macam-macam ada. Kalau rajin  cite...boleh jelah cite nanti. huhuhu. Tu je nak bagitau...hehehe.

Wassalam.

Thursday, 18 July 2013

Kerana juadah berbuka puasa

Selamat tengahari semua..

Lately...ramai plak pengunjung berkunjung ke blog ni. Rasanya start ramai datang menjenguk di sini selepas saya update menu-menu juadah berbuka puasa. Almaklumla...blog suam-suam kuku ni..bila ramai datang..macam pelikla jugak kan.






Wednesday, 17 July 2013

Selamat hari lahir abah...Semoga tenang dan aman selamanya di sana..



REPOST: KREDIT TO BLOG: http://suficreative.blogspot.com/ ...blog Kak Long saya :).


Lukisan terakhir peninggalan abah

Rindu yang takkan pernah padam sampai akhir hayat abahku...


Tanggal 15 Julai 2013. Jika abah masih bernafas di dunia ini semalam adalah hari lahir abah yang ke 61 . Kenangan bersama abah tak pernah saya lupa walaupun dah empat tahun abah pergi.

Arwah abah dulu memang sangat cerewet bab kesihatan kami adik beradik, ingat lagi bila abah suka bawa balik susu lembu segar dari ladang, dia masak susu dengan daun pandan campur gula dan suruh kami minum. Yang paling saya tak suka bila arwah abah akan pastikan kami makan minyak ikan cord yang warna putih tu, memangg tak sedap.

Masa saya demam selain mak, arwah abah lah yang akan tuam kepala dengan air daun bunga raya. Bila sakit gigi malam-malam abah akan tumbuk bawang putih dan letak dalam lubang gigi. Kalau terlekat tulang ikan abahlah yang selalu suap air guna senduk supaya tulang ikan yang tersangkut keluar.

Kadang-kadang bila berkumpul adik beradik saya terfikir, alankah seronoknya kalau abah ada bersama. Kadang-kadang saya terfikir cepatnya abah diambil Allah s.w.t, tak sempat menikmati hidup bersama kami setelah kami bergelar ibu bapa, bermain dengan cucu, melancong bersama anak-anak.

Takdir hidup kita siapa yang tahu, ajal dan maut memang dah ketentuanNya, bila saya rindukan abah, hanya doa dapat saya titipkan, walaupun ada sesal di hati sebab tak sempat membalas jasa, saya harap setiap doa ini akan disampaikan Allash s.w.t kepada abah di sana.




SUBUH 15 Julai

Kerut wajahmu sayu..
Bertemankan dingin subuh..
Motor usang itu berlalu pergi
meninggalkan kami...

Ku renung,,ku simpan kemas tinggalanmu...
setiap subuh saat kau pergi,jaket usang itu setia menemani..

Abah,
hari ini hari 60 mu..
Setiap titisan air mata ini mengucapkan sejahtera untukmu..
Sejahtera di perhentian kembara hidup azali..
Hidup yang lebih bahagia di sana...bukan seperti di sini..
Saat kau mengharungi dingin subuh itu berhari-hari...

Bertahunmu bertakdir hidup sepi..
Walau kau pamerkan senyuman..
sorotan matamu tetap kelam....disebalik tabir kasih tak kesampaian..

Abah,
Setiap janji itu pasti,,
Biarpun dunia ini tak seindah mawar berkembang pagi..
Siapa tahu keharuman kasihNya di sana?

Kami titipkan rindu sejahtera di hari lahirmu..
Aman bahagialah hidupmu di perhentian abadi..
Seiringi doa kami anakmu...
Damailah disana..disisi Rabbul Izzati...

Tuesday, 16 July 2013

Juadah berbuka puasa hari keenam

Selamat tengahari semua.

Hari yang lemau dan lembik. Huhuhu. Nak update blog pun ala2 macam malas gak. Tapiiiii update jugakla kan. Nak cerita pasal menu berbuka puasa semalam iaitu udang/ketam masak lemak cili padi, ayam tandori(guna pes brahims), acar timun dan cekodok manis.

Petang ini ada pasar tani+bazar ramadhan di Presint 2. Rasanya hari ni nak gantung periukla. Rehat memasak. Boleh? Boleh je sebab teringin gak nak jalan-jalan cari juadah berbuka puasa di bazar. Barulah lengkap rasa berpuasa. Hehehe.

So, tu jela nak cerita. Sekian, terima kasihla sebab baca ;).


Monday, 15 July 2013

Juadah berbuka puasa hari kelima

Selamat petang semua.

Sebelum balik sempat lagi update blog. Sebelum tunggu asben datang jemput. Hari yang sangat memenatkan. Macam-macam karenah manusia ada. 

Oklah,xyah nak fikir lagi semua hal yang negatif. Seorang kawan bagitau..lupakan. Tutup dan buka buku baru ibaratnya. Dan berhati-hati selepas ini. Ahaa...tak semudah itu. Apa yang berlaku sebenrnya adalah berupa satu pengajaran dan satu petanda.

Oklah...nak cerita pasal menu berbuka puasa tapi intro xleh blah. Huhu. Semalam pun masih tidak ke bazar ramadhan. Jadi saya memasak gulai asam pedas ikan merah, bayam masak kicap, ikan goreng je. So simple. Hehehe.

So,petang ni plan nak masak gulai lemak udang, acar timun, ayam tandori. Tengokla ye kalau menjadi. Apapun Selamat berbuka puasa kepada semua :).

Sunday, 14 July 2013

Juadah berbuka puasa hari keempat

Dan semalam selepas settle membuat biskut raya..bersiap pula ke Pasar Borong Selangor. Masa tu cuaca agak ok jela.

Pastu plan nak pergi ke Bazar Ramadhan Taman Equine. First time nak datang situ. Tapi elok2 je nak sampai..cuaca plak macam nak hujan lebat. Mm...memang betulla..lepas tu memang hujan ribut selebat-lebatnya. Kesian pada peniaga-peniaga kan. Dugaan pada mereka yang sedang mencari rezeki.

Plan jugak nak ke Bazar Ramadhan Presint 2..tapi hujan still lebat. Maka terus jela ke Alamanda..asik asik Alamanda. Huhuhu.

Sampai rumah hampir pukul 6. Terus bersiap-siap untuk masak. Nasib baik asben selalu tolong jugak. Huhu. Maka menunya semalam adalah ikan siakap tiga rasa(try perencah brahims plak), taugeh kicap, ayam goreng halia,  ikan goreng, ikan bakar, sambal kicap, puding laici, buah mangga.

Alhamdulillah walau simple tapi puas hati sebab masak sendiri. Sedap ke atau tak sedap sendiri tanggung. Hahaha. Takpe..kalau tak sedap boleh buat penambahbaikan lain kali. Hihihi.

P/s: Teringin gak nak gi Bazar Ramadhan tapi takde rezeki lagi..huhuhu.

Kisah biskut jagung yang sedap ♥

Selamat petang semua :)

Alkisahnya..tengahari jumaat tu masa rehat,macam biasalah ke Alamanda untuk cari barang-barang. Termasuklah barang-barang nak buat biskut raya. Tetiba tahun ni teringin plak nak makan biskut raya buatan sendiri. Hehehe.


Planningnya nak buat biskut favourite masa zaman kecik-kecik dulu. Namanya biskut jagung. Apa yang specialnya pasal biskut jagung ni..pergi la raya rumah org..memang takde yang hidang biskut ni. Sampai sekarang pun takde dijual. Nama maybela sama biskut jagung tapi rasa takkan sama.


Masa zaman 80-an dulu..saya dan adik beradik setiap kali nak raya akan tolong mak buat biskut raya. Macam-macam biskut la dibuat. Tapi paling legend biskut jagung ni la. Kalau buat memang tak sempat nak makan raya. Abis kena sapu dulu dengan kami. Hahaha. Rasa biskut jagung ni macam sedap sangat masa tu. Gabungan rasa susu,lemak,rapuh dan lembut.


So, apalagi terus sms mak dan mintak resepi. Mak kata dia da lupa dan nanti try tengok kat buku resepi dia yang dulu-dulu tu. Akhirnya mak sms resepi biskut jagung tu walau tak sure resepi tu ke yang diguna masa dulu. Tapi takpe la kan..saya try gakla buat guna resepi tu. Simple je resepinya macam biskut-biskut lain gakla. Huhu.


Bila kata nak buat biskut raya..terus Iqi dan Adi bersorak gembira. Mm...rupanya tak sabar nak tolong buat sekali. Alamakkk...nak tolong buat ke nak tolong kacau kan..hahaha.


So pagi semalam pukul 10 start buat biskut jagung. Dengan dibantu oleh 2 jejaka idaman..huhu...
Pukul 1 baru settle bakar dan bersiap ke Pasar Borong Selangor plak.


Bahan-bahannya



Pembantu...
Maian-main lebih ni...
Ni biskut kartun
Sebeljm dibakar..tgkla saiznya..ada kec ik..ada besar..ada 4 segi..huhu
Tada..ini lah dia biskut javungggg
2 biskut jagung yang satunya seram rupa..hahaha